Wednesday, September 10, 2008

assalamualaikum

Assalamualaikum

Semenjak, dua menjak, tiga menjak, empat menjak dan menjak-menjak yang seterusnya..kadar kes pembunuhan tragic yang berlaku kepada golongan kanak-kanak semakin meningkat. Aku teramat-amatlah kesal akan segala yang yang patutnya tak wajar berlaku dalam zaman manusia sudah bertamadun.

Kalau kita lihat paras rupa dan identiti orang yang bercompang camping dengan bercakap sorang sorang dan berjalan di depan orang ramai pastinya dengan mudah dia lebih dahulu akan di cop sebagai orang gila dengan pelbagai gelaran yang tak mesra dek telingga. Dan barang tentu jugak bila die lalu memasing akan pakat-pakat jauhkan diri tetapi sedar tak sedar di antara ramai-ramai orang itu,terdapat yang berimej sempurna tetapi mengalami masalah penyakit otak.hah..diorang ni la sebenarnye yang lebih berbahaya tahap maksimum dari orang gila sebab diorang hadir tanpa symptom yang buleh di kenal pasti. Diorang nampak cam normal walhal kepala otak mereng, tak buleh di pakai.

Penyakit mental ni mempunyai pelbagai klasifikasi. Namun yang ingin aku fokuskan di sini ialah berkenaan orang yang menghidap penyakit fidofilia iaitu mempunyai minat terhadap kanak kanak, lalu memperlakukan adegan keji yang tak tergamak nak aku tuliskan perlakuan tak bermoral diorang ni.

Permasalahannya juga adalah mengenai sikap masyarakat kita. Kebiasaannya bila berlaku kes-kes begini maka tergemparlah kejap. Memasing mula saling tuduh menuduh dan menuding jari dan ada yang membuat spekulasi dengan pelbagai teori. Pendek citer, setiap warga semua berkelakuan cam ayam betina lepas bertelur. Namun bila berita mula reda, masyarakat yang tadinya bersorak sorai menjadi pelupa langsung mengabaikan langkah berjaga jaga dan mengambik berat yang cumanya hangat hangat najis ayam. Bila berlaku kejadian yang sama, warga balik menjadi kecoh dan bergundah gulana.



Dengan itu, aku merayu kepada korang semua supaya sentiasa menanamkan nilai
tanggungjawab bukan hanya sekadar di pingiran sahaja tetapi menjadikan sebagai amalan yang berterusan. Tak lupa kepada korang yang otak ada halusinasi dan berdelusi yang bukan bukan tu segeralah berjumpa dengan doctor pakar. Takde ruginya dan bukan kah korang tu bakal memberi peluang kepada kanak-kanak yang berhak untuk menikmati hidup riang-ria yang sepatutnya..

No comments: